Berita Terkini
15 January 2024
Majlis Perhimpunan Pelajar Institut Kraf Negara
Pada 12 Januari 2024, Institut Kraf Negara telah mengadakan Majlis Perhimpunan Pelajar Institut Kraf Negara, Penyerahan Watikah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2023/2024 dan Penganugerahan Pencapaian Kecermelangan Pelajar Sesi Pengajian 2023/2024 Semester 1 bertempat di Dewan Cindai. Majlis Penganugerahan ini telah disampaikan oleh Encik Shamsul Azizi Bin Samsudin, Pengarah Kanan, IKN. Hadir sama Encik Sohibul Azri Bin Ahmad, Pengarah Seksyen Akademik Dan Kemahiran Kraf, Ketua-Ketua Jurusan, Ketua – Ketua Unit, Pengajar dan Wargakerja IKN.