Permohonan Penganugerahan
- Pelajar semester akhir yang akan menyempurnakan kursus adalah dikehendaki memohon untuk penganugerahan Sijil Seni Kraf / Diploma Seni Kraf. Permohonan yang telah dibuat pada sesi pengajian sebelumnya tidak boleh di ambil kira.
- Pelajar-pelajar bukan semester akhir dan pelajar-pelajar lain selain daripada dinyatakan pekara 1 di atas tidak layak memohon.
- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang P.Akad/2.6/2.6.1 di dalam tempoh tertentu yang ditetapkan oleh Institut Kraf Negara. Pelajar hendaklah mengemukakan dan menyerahkan semua salinan ke Pejabat Pengurusan Akademik & Kemahiran Kraf.
- Tarikh tutup permohonan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. (Sila rujuk Jadual Urusan Akademik yang diedarkan).
- Permohonan lewat iaitu borang yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
- Pelajar yang tidak memohon dan / atau mengemukakan borang permohonan ke Pejabat Pengurusan Akademik & Kemahiran Kraf selepas tarikh atau tempoh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, mereka boleh mengemukakan permohonan masing-masing di dalam tempoh yang ditetapkan pada sesi pengajian yang berikutnya.
- Hanya pelajar yang telah memohon untuk penganugerahan Sijil Seni Kraf / Diploma Seni Kraf di dalam tempoh tersebut sahaja yang boleh disyorkan kepada Lembaga Akademik IKN untuk disahkan oleh Ahli Jawatankuasa sebagai layak dianugerahkan Sijil Seni Kraf / Diploma Seni Kraf.
- Pelajar yang tidak memohon tidak boleh dipertimbangkan untuk penganugerahan dan kemasukan ke kursus pengajian yang lebih tinggi di Institut Kraf Negara ini.
- Permohonan penganugerahan Sijil Seni Kraf / Diploma seni Kraf hendaklah dibuat tidak lewat dari dua (2) tahun selepas tamat pengajian. Permohonan yang dibuat atau diterima oleh. Pejabat Pengurusan Akademik & Kemahiran Kraf selepas tamat tempoh tersebut tidak boleh dipertimbangkan.