Skip to main content

Kemudahan Teknologi Maklumat

Institut Kraf Negara menyediakan kemudahan prasarana ICT yang lengkap bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan akses meluas kepada maklumat atas talian terutama bagi kemudahan pelajar dan tenaga pengajar kraf seiring arus teknologi dalam dunia pendidikan. Kemudahan komputer yang terkini di Makmal Komputer memberikan keselesaan kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran.

Kemudahan wifi di Institut Kraf Negara khusus bagi menyokong PdP telah disediakan di kawasan tumpuan pelajar seperti di Bangunan Pusat Pelajar dan Bangunan Pentadbiran. Selain itu juga, capaian wifi di kediaman siswa dan siswi turut disediakan bagi memastikan pelajar mempunyai capaian ke internet bagi tujuan PdP. Institut Kraf Negara juga telah berusaha meningkatkan internet jalur lebar (bandwith) dari masa ke semasa bagi membolehkan capaian lebih pantas kepada akses atas talian kepada seluruh warga kerja Institut Kraf Negara.

Komputer di perpustakaan juga disediakan dan dibuka kepada pelajar mulai jam 9 pagi sehingga jam 5 petang. Selain itu, Institut Kraf Negara telah mewujudkan akaun emel kepada semua pelajar yang menggunakan platform Microsoft Teams Education bagi kemudahan PdP.

  • Makmal Komputer 2
  • Makmal Komputer 1
  • Makmal Komputer 3


    Makmal Komputer

    1. Muatan seramai 40 orang pada satu masa.
    2. Dilengkapi perisian komputer seperti adobe photoshop dan illustrator, microsoft office dan lain-lain.
    3. Kegunaan untuk kelas rasmi sahaja.

    Studio Pengambaran

    1. Bilik Studio Pengambaran (Bangunan Jurusan Seni Kraf Rotan) dan kamera bagi tujuan suntingan video ringkas.

    Lain-Lain Peralatan ICT

    1. Projektor LED pasang tetap ini terdapat di Dewan Cindai, Dewan Kuliah, Bilik Kuliah, Makmal Komputer dan Studio.
    2. Projektor LED Mobil 
    3. Laptop Peminjaman
    4. Webcam dan Headset 

    Sudut Info (Perpustakaan)

    1. Terdapat lapan (8) buah PC yang disediakan kepada pelajar.
    2.  Mencari buku dan sumber rujukan di dalam perpustakaan melalui Sistem Ilmu.

    3.  Untuk pelajar membuat cetakan hasil kerja/tugasan.

    Kemudahan Internet Dan Wifi

    1. Pejabat;
    2. Makmal Komputer;
    3. Perpustakaan;
    4. Bangunan Pentadbiran;
    5. Bangunan Pelajar;
    6. Bengkel;;
    7. Asrama Siswa dan Siswi.

    Sistem Dan Aplikasi

    1. Portal IKN : www.ikn.edu.my
    2. Sistem Pengurusan Kampus (CMS)
      i.Pendaftaran Kemasukan Dalam Talian
      ii.Portal Pelajar
      iii.Sistem Alumni
    3. Sistem WILMU (Perpustakaan)
    4. Sistem Aduan
    5. Permohonan Lawatan Rasmi Ke IKN secara dalam talian



    Hubungi Kami
    PUAN ZURINA BINTI JAMALUDDIN
    Unit Pengurusan Maklumat
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    03-60915322 samb. 171