Skip to main content

Program Apresiasi Kraf Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2024

Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2024, Pusat Kecemerlangan Kraf, Institut Kraf Negara telah menganjurkan Apresiasi Kraf 2024 : “Pengekalan Warisan Pengukuhan Jati diri.”  Bertempat di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Apresiasi Kraf yang diadakan bermula 23 Februari 2024 hingga 4 Mac 2024. 

 

 Apresiasi Kraf 2024 kali ini membincangkan  tajuk-tajuk: 

 

  • Lilin Sejuk Penyambung Seni Warisan Batik 
  • Kelestarian Teknik Pintalan Dawai (Filigree) dalam Penghasilan Produk Barang Kemas 
  • Teknik Tanggam dan Pasak Melayu dalam Penghasilan Perabot 
  • Aplikasi Ikat Pakan dalam Tenunan Kontemporari 
  • Penerapan Elemen Tradisi Dan Budaya dalam Kraf Seramik Kontemporari Malaysia 
  • Teknik Anyaman dalam Penghasilan Produk Kraf Rotan Tradisional dan Kontemporari 

 

Program ini merupakan perkongsian  ilmu  yang mengumpulkan ahli akademik, pakar seni kraf, pemain industri dan pelajar untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dalam kemahiran kraf di Malaysia. Panel-panel jemputan seperti   En. Norhaiza Bin Nordin-Tokoh Kraf Negara, En. Wan Manang Bin Wan Awang-Adiguru Kraf Songket, En Ishak Bin Kasim-Adiguru Kraf Rotan, Dr Shamsu Bin Mohamad-Syarikat Sila Studio,  Prof.Madya Abu Bakar Bin Sabran-Mantan Pensyarah UPSI, En Danuri Bin Sakijan-Syarikat Desa Alam Batik dan En Jamalias Bin Ismail-Syarikat Pasak Seni Ukiran Melayu. 

Pusat Kecemerlangan Kraf  berterima kasih diatas penglibatan penyertaan peserta daripada IPTA, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Agensi-agensi Kerajaan, Usahawan Kraf, Pemain Industri Kraf dan orang awam.  

Sebagai menyokong kepada usaha “Pembelajaran Sepanjang Hayat”, Pusat Kecemerlangan Kraf turut menyediakan program Studio Kraf Kreatif (SKK) @ Creative Craft Studio (CCS) yang menawarkan pembelajaran kraf diadalam enam jurusan-Batik, Tenunan, Logam, Kayu, Rotan dan Seramik. Pusat Kecemerlangan Kraf berbesar hati dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam melaksanakan program-program yang berkaitan. 

COE HKK2024 09
COE HKK2024 06
COE HKK2024 04
COE HKK2024 13
COE HKK2024 12
COE HKK2024 15
COE HKK2024 03
COE HKK2024 11
COE HKK2024 10
COE HKK2024 05
COE HKK2024 14
COE HKK2024 02
COE HKK2024 01
COE HKK2024 07
COE HKK2024 08