Program “Creavite Craft Studio” (CCS) Bersama First City University College (FCUC) Dan Sunway College (SC) 2024
9 Julai 2024 (Selasa) - Program CCS Modul Kemahiran Batik Canting/Lukis ini merupakan program kedua pada tahun 2024 yang disertai oleh pelajar First City University College (FCUC). Program ini juga telah disertai oleh pelajar First City University College (FCUC) pada 6 Februari 2024 yang lalu. Pada program kali ini, seramai 11 orang pelajar telah menghasilkan produk skaf kain kapas berukuran 1 meter. Penghasilan produk ini menggunakan teknik canting / lukis yang mengambil masa selama 6 jam untuk disiapkan.
Turut serta juga ialah 15 orang pelajar Diploma Fashion Design Technology dari Sunway College (SC). Puan Sharifah Mazwari , pensyarah SC membawa para pelajar beliau menyertai program ini setelah mendapat maklumat CCS melalui rakan sejawatnya, Encik Hasry @ Hosny (Pensyarah FCUC). Pelajar-pelajar beliau mengikuti modul yang sama, teknik canting dengan menghasilkan skaf berukuran 1 meter. Bahan mentah yang digunakan bagi modul ini adalah kain satin.
Syabas diucapkan kepada kesemua peserta CCS kerana dapat menghasilkan karya seni yang cantik dan menimba pengalaman dalam pembuatan produk seni kraf.
Hubungi kami untuk program Creative Craft Studio