Skip to main content

Kunjungan Lawatan Bagi Pelaksanaan Program “Creative Craft Studio” (CCS) Bersama The Nation Autism Society Of Malaysia (NASOM) 2025

16 Januari 2025- Pusat Kecemerlangan Kraf berbesar hati menerima kunjungan dari The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) bagi perbincangan program Creative Craft Studio (CCS) 2025. Penerangan dan taklimat ini telah disampaikan oleh En Noorizal Ramly  kepada En Mohd Safreen Azudie serta guru-guru pengiring daripada NASOM.  

Perbincangan ini adalah bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat kesesuaian program CCS  untuk dipelajari oleh guru-guru dan seterusnya akan dipraktikkan kepada pelajar-pelajar  autisme ditempat mereka. Sesi melawat ke bengkel-bengkel untuk melihat dengan lebih dekat kemahiran, bahan dan peralatan di setiap jurusan. Ini adalah kali pertama pihak IKN dalam usaha untuk mendidik masyarakat tentang keunikan anak autisme dalam memperkukuhkan sistem sokongan untuk mereka. Dengan pendekatan yang betul, kami berharap anak autisme berpeluang mencapai kejayaan dan menjalani kehidupan yang bermakna. 

 

Hubungi kami untuk program Creative Craft Studio

nasom-2
nasom-5
nasom-4
nasom-1
nasom-3
nasom-6