Program Studio Kraf Kreatif (SKK) @ Creative Craft Studio (CCS) Bersama Universiti Kanazawa Dan Universiti Komatsu, Jepun 2025
24 Februari 2025- Pusat Kecemerlangan Kraf gembira menyambut kehadiran 6 orang pelajar antarabangsa dari negara Jepun untuk menyertai Program Studio Kraf Kreatif di Institut Kraf Negara. Pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar daripada Universiti Kanazawa dan Universiti Komatsu, Jepun. Mereka ini dibawah Program Pertukaran Pelajar Bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Antara Pakej CCS yang menjadi pilihan para pelajar tersebut adalah Pakej Kraf Batik, iaitu modul 4 jam-Batik Ikat Celup. Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya menghasilkan produk kraf batik dalam jangka masa yang telah diberikan oleh tenaga pengajar Institut Kraf Negara.
Hubungi kami untuk program Creative Craft Studio