Berita Terkini
24 November 2025
Istiadat Konvokesyen Institut Kraf Negara 2025
Institut Kraf Negara (IKN) telah mengadakan Istiadat Konvokesyen Institut Kraf Negara Ke-23 pada hari ini bagi meraikan seramai 110 orang graduan bagi program Diploma Seni Kraf, Sijil Seni Kraf, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) yang disempurnkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Bersempena Istiadat Konvokesyen Institut Kraf Negara Ke-23, watikah pelantikan Adiguru Kraf 2025 turut disampaikan kepada Adiguru Kraf Anyaman Ribu-Ribu, Farnie Loboi dan Adiguru Kraf Sulaman Nyonya, Lim Yu Lin.
Turut hadir, Yang Berusaha Encik Mohd Al-Hafizi bin Haji Abu Bakar, Pengerusi Kraftangan Malaysia, Yang Berbahagia Datuk 'Ainu Sham binti Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, serta Shamsul Azizi bin Samsudin, Pengarah Kanan IKN.