Berita Terkini
23 June 2023
Kunjungan Daripada Wakil Menteri Besar Incorporated Perak (MB Inc)
Institut Kraf Negara hari ini telah menerima kunjungan daripada wakil Menteri Besar Incorporated Perak (MB Inc) yang diketuai oleh Encik KamarulAriffin bin Hj. Ayub, Pengurus Besar Kanan, MB Inc. Hadir sama adalah Cik Siti Kamesah Bee Mohd Hashim, Ketua Komunikasi Korporat Strategik MB Inc serta pegawai-pegawai dari MB Inc.
Bersempena dengan kunjungan ini juga, IKN turut mengadakan taklimat ringkas berkaitan tawaran program pengajian yang di sampaikan oleh Encik Shamsul Azizi bin Samsudin, Pengarah Kanan IKN. Turut serta adalah Encik Sohibul Azri bin Ahmad, Pengarah Seksyen Akademik dan Kemahiran Kraf IKN serta Ketua-ketua Jurusan Seni Kraf Batik, Tenunan, Logam, Seramik dan Rotan. Wakil MB Inc seterusnya dibawa melawat ke Jurusan Seni Kraf Tenunan, Batik, Rotan, Logam dan Seramik.