Berita Terkini
26 April 2021
Majlis Perasmian Kampus Satelit Institut Kraf Negara, Sabah
KOTA BELUD, 23 APRIL 2021 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Kraftangan Malaysia mengadakan Majlis Perasmian Kampus Satelit Institut Kraf Negara, Sabah yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Hadir sama Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
Kampus Satelit iaitu Program Pembangunan Kemahiran Kraf Berpusat di bawah Institut Kraf Negara (IKN) di Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah ini merupakan inisiatif untuk melebar luaskan latihan kemahiran Kraf yang mampu memberi kesan jangka panjang kepada sosio-ekonomi rakyat.
Ketika ini, Kampus Satelit Institut Kraf Negara, Sabah menempatkan seramai 18 orang pelajar dalam pengajian peringkat sijil kursus Seni Kraf Songket Dastar dan Seni Kraf Rotan secara sepenuh masa selama dua tahun. Pelajar-pelajar ini terdiri dari pelbagai suku kaum di Negeri Sabah seperti Bajau, Iranun, Dusun dan Murut sejak pengambilan pada September 2020.