Skip to main content

Jawatankuasa Penasihat Akademik Institut Kraf Negara

Bermula 1 Mei 2019 (Kemaskini Disember 2024)

Jawatankuasa ini yang bertindak sebagai Board of Studies di IKN ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pematuhan pengiktirafan akreditasi penuh MQA. Jawatankuasa ini berperanan memberi nasihat, garis panduan dan usul keputusan dalam aspek perancangan, pembangunan, implimentasi dan pemantauan program pengajian peringkat Diploma dan Sijil berteraskan bidang teknikal dan kemahiran kraf serta akademik di IKN.

YBhg. Datuk ‘Ainu Sham binti Haji Ramli

Pengerusi

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

YBrs. Encik Abdul Halim bin Ali

Timbalan Pengerusi

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

YBrs. Encik Shamsul Azizi bin Samsudin

Setiausaha

Pengarah Kanan
Institut Kraf Negara

Puan Wan Azilawati binti Wan Mahamood

Ahli Jawatankuasa

Setiausaha Bahagian
Bahagian Dasar Kebudayaan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Kosong

Ahli Jawatankuasa

Penolong Naib Canselor
Kolej Pengajian Seni Kreatif

Puan Siti Fauziah binti Jumadi

Ahli Jawatankuasa

Pengarah
Bahagian Standard Pekerjaan dan Kurikulum TVET (BSPKTVET)
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia Malaysia

Ts. Zulkernai Bin Fauzi

Ahli Jawatankuasa

Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia

Kosong

Ahli Jawatankuasa

Pengarah
Bahagian Pengiktirafan Reka Bentuk
Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM)

Peranan dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik IKN

  1. Membuat syor kepada IKN tentang segala perkara yang berhubungan dengan:

    1. Kandungan dan penyusunan program pengajian yang diadakan;
    2. Kaedah pembelajaran, pengajaran dan latihan yang dijalankan;
    3. Standard pembelajaran, pengajaran dan latihan yang dijalankan;
    4. Kurikulum dan program pengajian yang dijalankan;
    5. Kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan berkenaan dengan mana-mana kurikulum atau program pengajian yang dijalankan di IKN atau yang akan dijalankan di IKN;
    6. Penetapan kelayakan yang dikehendaki bagi penerimaan masuk ke mana-mana program pengajian yang diadakan di IKN;
    7. Cadangan-cadangan bagi penubuhan apa-apa program pengajian baru yang hendak dijalankan;
    8. Pengurniaan dan anugerah pengajian.

  2. Memberi maklumat terhadap perkembangan dan perubahan dasar-dasar kerajaan dan teknologi dalam industri sebagai persediaan dalam perancangan dasar-dasar program pengajian yang baharu;

  3. Memberi nasihat agar dapat dipertahapkan bentuk pengajian selaras dengan hala tuju semasa pendidikan teknik dan vokasional Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA);

  4. Memberi nasihat dan bantuan dalam usaha untuk meningkatkan mutu program pengajian dan jalinan kerjasama di antara industri dan IKN melalui program Latihan Industri pelajar;

  5. Memberi nasihat dan bantuan untuk pengtahapan kemahiran tenaga pengajar IKN dengan kemudahan yang terdapat dalam industri dan institusi pengajian tinggi (IPT);

  6. Membuat pengesahan graduan tamat pengajian bagi tujuan penganugerahan Diploma dan Sijil Seni Kraf.