Skip to main content
  • Istiadat Konvokesyen

    ISTIADAT KONVOKESYEN KE-23 INSTITUT KRAF NEGARA PADA TAHUN 2025

    Istiadat Konvokesyen IKN pada tahun 2025 adalah kali yang ke-dua puluh tiga sejak penubuhan Institut Kraf Negara mulai tahun 2001. Istiadat Konvokesyen ke-23 Institut Kraf Negara (IKN) ini akan berlangsung pada 22hb. November 2025 di Dewan Cindai, Institut Kraf Negara No1, Km20 Jalan Ipoh-Rawang, Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang, Selangor.

  • Senarai Graduan

  • Permohonan Penganugerahan

    Peraturan Permohonan Penganugerahan, Institut Kraf Negara

    1. Pelajar semester akhir yang akan menyempurnakan kursus adalah dikehendaki memohon untuk penganugerahan Sijil Seni Kraf / Diploma Seni Kraf. Permohonan yang telah dibuat pada sesi pengajian sebelumnya tidak boleh di ambil kira.
    2. Pelajar-pelajar bukan semester akhir dan pelajar-pelajar lain selain daripada dinyatakan pekara 1 di atas tidak layak memohon.
    3. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang P.Akad/2.6/2.6.1 di dalam tempoh tertentu yang ditetapkan oleh Institut Kraf Negara. Pelajar hendaklah mengemukakan dan menyerahkan semua salinan ke Pejabat Pengurusan Akademik & Kemahiran Kraf.
    4. Tarikh tutup permohonan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. (Sila rujuk Jadual Urusan Akademik yang diedarkan).
    5. Permohonan lewat iaitu borang yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
    6. Pelajar yang tidak memohon dan / atau mengemukakan borang permohonan ke Pejabat Pengurusan Akademik & Kemahiran Kraf selepas tarikh atau tempoh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, mereka boleh mengemukakan permohonan masing-masing di dalam tempoh yang ditetapkan pada sesi pengajian yang berikutnya.
    7. Hanya pelajar yang telah memohon untuk penganugerahan Sijil Seni Kraf / Diploma Seni Kraf di dalam tempoh tersebut sahaja yang boleh disyorkan kepada Lembaga Akademik IKN untuk disahkan oleh Ahli Jawatankuasa sebagai layak dianugerahkan Sijil Seni Kraf / Diploma Seni Kraf.
    8. Pelajar yang tidak memohon tidak boleh dipertimbangkan untuk penganugerahan dan kemasukan ke kursus pengajian yang lebih tinggi di Institut Kraf Negara ini.
    9. Permohonan penganugerahan Sijil Seni Kraf / Diploma seni Kraf hendaklah dibuat tidak lewat dari dua (2) tahun selepas tamat pengajian. Permohonan yang dibuat atau diterima oleh. Pejabat Pengurusan Akademik & Kemahiran Kraf selepas tamat tempoh tersebut tidak boleh dipertimbangkan.
  • Panduan & Etika Pakaian

    Klik pautan seperti dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Konvokesyen IKN ke-23 tahun 2025

    Panduan & Etika Konvokesyen
    Borang Pakaian (Sewaan Jubah Lelaki)
    Borang Pakaian (Sewaan Jubah Perempuan)
    Borang IKN SAKK/K1
    Borang Alumni IKN
    Borang Exit Servey (Diploma)
    Borang Exit Servey (Sijil)
    Senarai Semak Graduan

  • Senarai Pelajar Terbaik IKN

    Senarai nama pelajar yang telah di anugerahkan Pelajar Terbaik serta Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan bagi Program Diploma, Program Sijil dan Sijil Kemahiran Malaysia adalah seperti jadual di bawah :

    Senarai Pelajar Terbaik Akan Diumumkan setelah selesai Istiadat Konvokesyen Kali-23 Tahun 2025

    Diploma

    JURUSAN NAMA
    Diploma Seni Kraf Batik

    Siti Nur Amiera Binti Khairul Annuar

    Diploma Seni Kraf Tenunan Aisyah Binti Ahmad
    Diploma Seni Kraf Kayu

    Carray Dominic

    Diploma Seni Kraf Logam

    Haziq Aiman Bin Abd Munir

    Diploma Seni Kraf Seramik

    Ain Nafisah Bt Mohd Jafri

    Diploma Seni Kraf Rotan

    Ronny Bin Jesos

    Sijil

    JURUSAN NAMA
    Sijil Seni Kraf Batik

    Nurul Anis Suhaila Binti Haidun

    Sijil Seni Kraf Logam Vaniesha A/P Shankar

    Sijil Tamat Latihan Kemahiran Malaysia

    JURUSAN NAMA
    Operasi Pengeluaran Batik

    Zurie Izzuan Bin Sabririzal

    Penyelia Songket dan Daster Siti Norlela Binti Kisab
    Penyelia Tenunan Pua Vivyene Voon Xien Sin
    Kraf Barang Kemas

    Adib Hakimi Bin Fitri

    Pengeluaran Kraf Seramik Vera Marcella Francis
    Jurukraf Kanan Rotan Helena Esan @ Hassan

    Pelajar Terbaik Keseluruhan

    TERBAIK KESELURUHAN DIPLOMA 2025 NAMA
    Diploma Seni Kraf Tenunan Aisyah Binti Ahmad

    TERBAIK KESELURUHAN SIJIL 2025 NAMA
    Sijil Seni Kraf Logam Vaniesha A/P Shankar

    TERBAIK KESELURUHAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA 2025 NAMA
    Jurukraf Kanan Rotan Helena Esan @ Hassan