Skip to main content

Berita Terkini

12 November 2026

Istiadat Konvokesyen Institut Kraf Negara Ke-24 Tahun 2026

Institut Kraf Negara (IKN) telah mengadakan Istiadat Konvokesyen IKN Ke-24 Tahun 2026 yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian, Pelancongan, Seni dan Budaya. Turut hadir, Yang Berusaha Encik Abdul Halim bin Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan Encik Shamsul Azizi bin Samsudin, Pengarah Kanan Institut Kraf Negara.

Seramai 200 orang graduan dan penerima telah diraikan dalam istiadat ini merangkumi graduan Diploma dan Sijil Seni Kraf, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui Sistem Latihan Program Bertauliah (SKM-SLaPB), Sijil Kemahiran Malaysia melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) menerusi Pusat Penilaian Amali (PPA) serta Sijil Kemahiran Malaysia melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) menerusi Program ([R]ACE-ILB 2026). Bersempena Istiadat Konvokesyen IKN Ke-24 ini juga, Watikah Pelantikan Adiguru Kraf turut disampaikan kepada dua orang pengusaha kraf yang memiliki kepakaran tinggi dalam seni ciptaan dan pertukangan kraf.

Sejurus selesai istiadat, Yang Berbahagia Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot telah berkesempatan melawat ke Pameran Konvokesyen dan turut memeriahkan Pesta Konvokesyen IKN. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot atas kesudian Yang Berbahagia Dato' melapangkan masa hadir menyempurnakan Istiadat Konvokesyen IKN Ke-24 Tahun 2026.

9
13
2
8
5
11
7
14
12
10
4
15
3
19
1
18
16
17
6