Berita Terkini
14 April 2026
Sesi Taklimat Program Persijilan SPKM Melalui Kaedah PPT Bagi Pekerja Industri di Bawah ILB 2026
Sekitar Sesi Taklimat Program Persijilan SPKM Melalui Kaedah PPT bagi Pekerja Industri di bawah ILB 2026 ([R]ACE-ILB 2026) yang disampaikan oleh wakil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) diadakan secara hibrid bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dengan penglibatan usahawan kraf dan warga kerja Kraftangan Malaysia.
Kraftangan Malaysia sebagai Badan Peneraju Industri atau Industry Lead Body (ILB) khusus dalam bidang kraf berperanan untuk menjadi penghubung di antara industri dan ekosistem TVET bagi membangunkan standard kemahiran, mengesahkan kompetensi serta menyalurkan keperluan industri kepada penyedia latihan. Sesi taklimat [R]ACE-ILB ini dilaksanakan sebagai satu platform strategik bagi berkongsi maklumat berkenaan konsep, aspirasi, hala tuju serta kerangka pelaksanaan program.