Berita Terkini
10 Disember 2025
Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Ke Institut Kraf Negara (IKN)
Institut Kraf Negara (IKN) berbesar hati menerima lawatan Yang Berbahagia Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot sempena Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ke IKN. Yang Berbahagia Dato' KSU MOTAC dibawa melawat kesemua jurusan seni kraf IKN dan fasiliti serta kemudahan di IKN. Turut diacarakan gimik penanaman pokok oleh Yang Berbahagia Dato' KSU MOTAC.
Turut mengiringi lawatan, Yang Berusaha Encik Abdul Halim bin Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Kraftangan Malaysia, Encik Shamsul Azizi bin Samsudin, Pengarah Kanan IKN, pengurusan dan pegawai MOTAC, Kraftangan Malaysia serta IKN. Terima kasih di atas kesudian Yang Berbahagia Dato' melapangkan masa melawat ke IKN.