Berita Terkini
21 Julai 2025
Minggu Haluan Siswa (MHS) Pelajar Baharu Institut Kraf Negara (IKN)
Rangkuman aktiviti Minggu Haluan Siswa (MHS) Pelajar Baharu Institut Kraf Negara (IKN) Sesi 2025/2026 yang diadakan pada 15 hingga 17 Julai 2025. MHS dijalankan bagi mendedahkan pelajar memahami peraturan dan tanggungjawab sebagai pelajar selain menyesuaikan diri dengan kehidupan di IKN serta membina rangkaian sosial dikalangan pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu IKN Sesi 2025/2026.